Sunday, December 16, 2012

Cara Memikat Hati Seorang Lelaki Bernama Suami


Kehidupan suami isteri memerlukan persediaan mental dan fizikal,justeru persediaan amat perlu dalam melayari kehidupan yang berpanjangan,ibarat berperang,kita perlu bersedia supaya tidak dikalahkan musuh..Baik suami mahupun isteri,mereka mempunyai peranan masing-masing.

Sebagai isteri misalnya,apa yang patut dilakukan bagi memastikan suami sentiasa melekat dirumah..?Ada suami yang seronok di rumah dan tidak sabar untuk pulang dari tempat kerja semata-mata mahu bersama isteri dan anak2 tetapi ada juga lelaki yang sentiasa mengelak untuk pulang awal dan lebih gemar memerap atau menghabiskan waktu terbuang di tempat kerja.



Apakah puncanya kedua-dua situasi ini, ia tentu berkait rapat dengan layanan atau kemesraan kedua-dua pasangan. Jika masing-masing membuat hal sendiri dan teguh dengan ego, rumah bukan lagi syurga tetapi neraka dalam kehidupan suami isteri.Di sini, ada beberapa panduan yang boleh diikuti golongan isteri untuk menambat hati suami..

- Berdoa agar disayangi suami

- Sambut, tegur dan sentuh suami sebelum sambung buat perkara lain apabila dia balik ke rumah.

- Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari
   (jika suami dalam mood yang baik)

- Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

- Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah simpati.

- Beri suami masa berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit.

- Tanya ibu mentua, abang atau kakak ipar anda mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah itu.sebagai cenderahati ketika memujuk

- Masak makanan kegemaran suami.

- Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah dan pakaian.

- Pujuk suami bila dia marah atau kecil hati.

- Minta bantuan sesuai pada masa, tempat dan jenis kerjanya.

- Elakkan daripada suami menunggu terlalu lama apabila bersiap atau bersolek.

- Bila suami memberitahu dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu.

- Bila suami meminta bantuan, buatlah serta-merta secara ikhlas dan gembira   tanpa banyak mengungkit atau 
komen.

 Insyaallah,kalau kita baik pada suami,suami akan baik pada kita..tapi,kalau dah ditakdirkan kita dapat suami yang tidak baik,bersabarlah,mungkin ada hikmah di sebaliknya

Cinta : Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Bersama-samalah kita berdoa untuk kebahagiaan bersama.Kepada ister-isteri di luar sana diharap boleh mencuba tip-tip ini semoga ada keberkatan yang penting sekali adalah berusaha dalam menuju kejayaan dunia dan akhirat.Sekian Terima Kasih.

Blog Widget by LinkWithin

7 comments:

Terima kasih banyak-banyak. Serba sedikit boleh dijadikan sebagai rujukan untuk menambat hati suami yang tercinta.

Sama-sama..Tidak mengapa hanya satu perkongsian buat semua yang memerlukan untuk kearah yang lebih harmoni..kerana kejayaan itu adalah datang dari Rumah :)

sy dh kawen 17thn,selama ini sy yg selalu mengalah..suami saya suka keluar malam berjumpa kawan2nya sehingga pukul 3 atau 4 pagi.
Kalau ditegur langsung tidak balik.Suami saya tidak solat ..jadi amalan untuk berjemaah mmg tidak pernah dilakukan sepanjang perkahwinan kami.Pernah ditegur secara baik & lembut tetapi tiada perubahan sehingga sekarang saya sudah hilang sabar. Perasaan malu kpd anak2 yg membesar pun ada.
Bagi suami saya..kawan2 dr kampungnya adalah segala2nya.
Suami saya pernah dikenakan kawan2 sampai terjatuh tetapi itu tidak merenggangkan persahabtan mereka..mereka tetp datang. Kawan-kawannya juga dlm lingkungan umur 40an..telah berkahwin & mempunyai anak2 sperti saya juga.
Tolong nasihat saya

PUAN SAL..

Actually perangai lelaki ini sangat pelik sedikit.memandangkan saya juga belum berkahwin dan belum mempunyai anak, adalah tidak berani untuk saya memberi nasihat kepada puan Sal.Akan tetapi saya banyak mempunyai rakan-rakan yang umur dalam linkungan 40 - 50 tahun kesemua mereka adalah usahawan yang berjaya.Oleh yang demikian mereka juga telah saya jadikan mentor untuk terus berjaya.Untuk pengehtahuan puan Sal juga rakan2 tersebut semuanya saya kenal pada masa umur mereka awal 30an dan pada masa itu umur saya dalam lingkungan 20an.Dari pemerhatian saya..kebanyakkan dari mereka berubah selepas menunaikan umrah,sangat membuatkan saya kagum dengan kebesaran Allah.

oleh yang demikian saya hanya boleh memberi pandangan sahaja.Eloklah puan simpan duit sedikit demi sedikit dan ajak suami puan menunaikan umrah.InsyaAllah semuanya akan berubah menjadi baik...Saya percaya kalau kita berada ditempat dan diantara orang yang baik-baik InsyaALlah kita juga akan berubah menjadi baik..Saya harap pandangan saya tidaklah menyinggung perasaan PUAN SAL.

Maafkan Saya

salam..memang hati kita akan terluka bila seorang lelaki yg bergelar suami lebih mementingkan kawan-kawan dari isteri dan anak2 sendiri..apa yg boleh sy nasihatkan kpd puan adalah selalu melakukan solat sunat hajat mohon pd Allah supaya diterangkan hati suami puan supaya dpt membahagikan masa kpd puan dan anak2 dgn secukupnya..saya tahu org perempuan memang jenis berhati lembut jadi pendekatan yg perlu digunakan utk menasihati suami juga adalah melalui kelembutan.semoga puan berjaya...

Salam.. Saya dah hampir dua tahun bersama suami, dan alhamdulillah saya telah hamil 8bulan. Sepanjang 5bulan saya hamil, suami saya selalu buat hal. Yang paling sedih bg saya, bila suami saya ada hati pd perempuan lain. Pernah satu masa suami saya nak lepas kan saya utk perempuan tu. saya banyak kan bersabar dan serah kan semua pd Allah. Syukur Alhamdulillah, suami saya berubah sikit sikit. Namun, sampai sekarang, suami saya masih lagi berhubung dgn perempuan tersebut secara diam. Dan terbaru saya dapat tahu, dia masih ada hati pd perempuan tu. saya diam kan aje. Saya tak tau apa nak buat. Saya dah cuba memikat hati suami semampu saya. Mungkin saya ada kekurangan lagi. Tolong bantu saya..

Realiti hidup kita memang tidak akan lari daripada ujian.Suami adalah ujian bg isteri begitu sebaliknya.Untuk menempuh ujian ini perlu kesabaran dan usaha yg berterusan serta tawakal pd Allah..InsyaaAllah Allah tidak membebankan seseorang diluar kemampuannya.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More