Sunday, May 13, 2012

Britney Spears Sah Sertai X-Factor - Cinta



Penyanyi terkenal dunia, Britney Spears telah sah menjadi salah seorang juri bagi rancangan realiti popular, X-Factor. Selepas berminggu-minggu peminat diselubungi pelbagai persoalan, pengesahan ini merupakan berita gembira yang sangat dinanti-nantikan selepas kali terakhir Britney muncul di TV menerusi rancangan realiti, 'Britney & Kevin: Chaotic' yang disiarkan suatu ketika dulu.

Penyertaan Britney dalam barisan juri rancangan ini turut menarik perhatian ramai apabila dia dilaporkan telah dibayar sebanyak USD15 juta semusim. Nilai ini adalah lebih tinggi berbanding jumlah yang diterima Jeniffer Lopez untuk muncul dalam program American Idol.

Khabar angin penglibatan Britney dalam X-Factor telah lama menjadi bualan hangat apabila pengasas rancangan ini, Simon Cowell telah memecat juri terdahulu iaitu Paula Abdul, Nicole Scherzinger dan pengacara, Steve Jones. Sejak itu nama Britney telah disebut sebagai pengganti yang sesuai.

No comments:

Post a Comment