Friday, April 10, 2015

Bilik Tidur Yang Romantik


Menghias bilik tidur bergantung kepada cita rasa dan tema pilihan pemiliknya khususnya berlatarkan suasana romantik.

Dalam apa jua keadaan, pengertian romantik hakikatnya terlalu luas dan bergantung kepada persepsi masing-masing.

Keindahan suasana romantik lebih bermakna jika elemen penataan cahaya dan warna diberi perhatian.

Bagi tujuan keselamatan, anda boleh menggantikan penggunaan lilin dengan pilihan lampu terbaik dalam menzahirkan suasana romantik.

Perkembangan pelbagai konsep dekorasi membuatkan pelbagai jenis lampu diketengahkan untuk mewarnai kesuraman sesebuah bilik.

Kini, terdapat aneka koleksi lampu seperti lampu gantung, lantai, meja dan candelier yang sesuai dalam melengkapi suasana romantik di bilik tidur.

Bagaimanapun, perhiasan bunga tidak sesuai boleh mencacatkan pemandangan bilik tidur.

Bagi yang ingin mencipta suasana romantik seperti taman bunga, taburkan kelopak bunga di atas katil dan hias bilik dengan jambangan bunga segar.

Bagaimanapun, anda disaran menggunakan sejenis bunga saja seperti mawar.

Dari segi warna, tona romantik sebenarnya bergantung kepada persepsi seseorang terutamanya ungu gelap.

Menariknya kerana warna berkenaan sesuai digabungkan dengan semua jenis perabot khususnya perabot kayu.

Tidak ketinggalan tona merah jambu antara warna popular pilihan wanita dan kelihatan lebih berseri jika diselarikan dengan kemasan kertas dinding bermotifkan bunga-bungaan.

Tona biru pula lebih sinonim dengan lelaki dan menyerlahkan suasana romantik lebih matang.

Bagaimanapun anda boleh mengubah kebiasaan dan mencuba tona lain
bersama penataan hiasan bergaya romantik.

Perlu diingat, jika sebelum ini bilik tidur anda bergaya biasa dan ingin ditukar kepada suasana romantik, langkah bijak ialah tidak menukar perabot sedia ada.

Cukup sekadar kemasan langsir, cadar dan beberapa aksesori hiasan lain yang ditukar.

Jika anda berpuas hati dengan tona sedia ada, tidak salah mengekalkannya dan fikirkan tema lain untuk pembaharuan.

Pastikan juga bilik kelihatan lapang dengan kemasan perabot utama seperti katil, almari pakaian dan meja solek saja.

Jika terlalu sarat dengan perabot, bilik menjadi sempit dan kurang selesa.

CINTA : Selamat mencuba menghias bilik anda ok.



No comments:

Post a Comment