Saturday, April 11, 2015

Bagaimanakah HIV Tidak Boleh Dijangkiti


Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?

~HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia.

~HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata.

~HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara.

~HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara.

HIV tidak boleh dijangkiti melalui:

Pendermaan darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah disteril dan hanya digunakan sekali sahaja.
Proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah yang didermakan di Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi HIV. Antibodi HIV adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus HIV.

Berjabat tangan, berpelukan, bersentuhan, melancap dan berciuman ringan.
Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam.
Berkongsi makanan.

Menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit HIV kerana virus HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia. Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus HIV.

Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur.

Bersin, batuk, air peluh atau air kencing.

Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang.

Menjaga seseorang yang positif HIV.

CINTA : Cinta harap dengan perkongsian maklumat ini dapat membuka minda semua mengenai HIV supaya tiada lagi pandangan serong atau sinis terhadap golongan tersebut.

1 comment:

  1. Salam, adakah anda atau sesiapa yang anda kenal berisiko mendapat jangkitan HIV samada melalui pendedahan pekerjaan dan sebagainya? Saya merupakan ejen syarikat pembekal yang membekal HIV rapid test kits kepada klinik/makmal hospital. Saya boleh membekalkan HIV home test kit secara online untuk anda membuat ujian sendiri di rumah. Prosedur mudah dan dapat result dalam 5 minit (99.9% accurate, specific dan sensitive).Test kit yang sama digunakan di klinik-klinik dan test labs. RM68 single kit, RM120 untuk 2 units. Untuk order sila sms/whatsapp TESTKIT ke nombor 013-8573416.

    ReplyDelete