Sunday, May 13, 2012

Ayah Mertua Rita Rudaini Masuk Hospital - Cinta



Daripada maklumat yang diterima mengatakan bahawa Abd Radzak iaitu ayah kepada pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha kini berada di hospital.  Lantas MH terus menghubungi beliau untuk bertanyakan khabar.
 
"Ya benar, pakcik sekarang berada di Hospital Tuanku Jaafar Seremban sejak 3 Mei yang lalu.  Pakcik sakit asma dan ada jangkitan kuman dalam darah.  

"Kalau ikutkan doktor, hari ini (8 Mei), pakcik dah boleh balik ke rumah," jelasnya dalam nada suara yang lemah.  

Ditanya adakah dia sakit mungkin kerana agak tertekan dengan berita yang memaparkan kisah pergolakan rumah tangga antara anaknya Aidil dengan pelakon popular Rita Rudaini, lelaki berusia 62 ini menjawab;

"Sedikit sebanyak ada juga.  Perasaan itu terbawa-bawa.  Apa yang berlaku adalah hal antara mereka berdua. Jadi tak perlulah kaitkan dengan keluarga pakcik.

"Sebelum kahwin pakcik tak terlibat, dan dah bergolak ini pun pakcik tak mahu libatkan diri. Tapi pakcik tetap doakan yang baik-baik sahaja untuk anak-anak dan cucu-cucu pakcik," jelasnya lagi.  

Beliau turut mendakwa, kebanyakan pendedahan banyak difokuskan pada pihak sana (Rita) sedangkan tidak semua apa yang diperkatakan oleh pelakon tersebut adalah benar semuanya.  

"Tak perlulah cerita hal keburukan orang lain kerana pakcik lebih kenal dengan anak-anak pakcik.  'Berdukunlah' dan memintalah kepada Allah supaya rumah tangga tersebut berkekalan," ujarnya ringkas mengakhiri perbualan.  

No comments:

Post a Comment