Saturday, May 19, 2012

AwanBand pilih Tasha Shilla Untuk Video Clip - Cinta



Selepas kejayaan single pertama mereka yang berjudul Kartita, kumpulan indie terkenal, AwanBand kembali mempertaruhkan single kedua, Lintasan Bintang yang sudah mula dimainkan di corong radio sejak awal tahun ini.

Melihat sambutan baik yang diterima untuk single itu, kumpulan ini mengorak langkah dengan menghasilkan klip video untuk lagu Lintasan Bintang.
Menariknya, sesi penggambaran klip video yang dijalankan pada 14 Mei lalu ini menampilkan pemenang anugerah Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2011, Tasha Shilla sebagai artis jemputan.

“Ada beberapa nama selebriti yang kami terfikir untuk klip video Lintasan Bintang ini, tetapi selepas menyatakan idea kami kepada Tasha, kami tidak sangka dia terus bersetuju.

“Lagi pula, kami juga mengikuti perkembangan Tasha yang kami anggap sebagai pelakon berbakat besar. Malah, kami juga yakin dia boleh membawa watak seperti yang kami gambarkan untuk lagu ini,” katanya.

Penggambaran yang mengambil masa sehari suntuk ini melibatkan beberapa lokasi termasuk sekitar Putrajaya dan Cheras.

Selain Faris, AwanBand turut dianggotai oleh empat lagi anak muda iaitu Ully selaku pemain gitar utama, Boy (pemain gitar kedua), Ijan (pemain dram) dan Hasnurr (basis).

Single kedua mereka ini menampilkan konsep rock alternatif, yang menceritakan kisah cinta tidak kesampaian.

Sementara itu, Tasha berkata, tawaran yang diberikan oleh kumpulan AwanBand ini merupakan peluang untuknya memperkenalkan diri kepada peminat kumpulan itu.

“Tidak semua peminat AwanBand kenal Tasha. Jadi Tasha anggap, kerjasama ini memberi keuntungan kepada kami berdua di mana peminat Tasha juga boleh mengenali kumpulan ini.

“Lagi pula, Tasha rasa tidak salah bagi kita sesama artis saling bantu membantu kerana faedahnya boleh dikongsi bersama,” katanya.

AwanBand mula ditubuhkan lebih empat tahun lalu sebagai kumpulan indie yang mempunyai peminat melebihi 10,000 orang.

Kelima-lima anggota kumpulan ini berbakat besar kerana boleh menulis, mencipta serta menggubah lagu dan lirik serta mahir dalam bidang kejuruteraan bunyi.

AwanBand muncul dengan album perdana pertama mereka yang berkonsepkan muzik progresif dan pop pada 29 September tahun lalu yang memuatkan enam lagu termasuk Kartita, Lintasan Bintang, Oh My Love, Tunggu, Dramatik dan Roda Khayalan.


Nota : Nampaknya rezeki Tasha semakan mencurah-curah selepas kemenangannya di ABPH yang lepas.Cinta doakan yang terbaik untuk artis yang sedang meningkat naik ini.

No comments:

Post a Comment