Thursday, April 9, 2015

Apa Yang Lelaki Mahukan Daripada Girlfriend Mereka


Perempuan yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia percintaan ini seringkali buntu tentang apa boyfriend diorang nak. Lelaki ni semua nak tunggu kahwin dapat melakukan hubungan seks je ke, atau lebih daripada itu? Dari perspektif seorang lelaki, saya cuba bagi sedikit inputlah tentang apa yang korang boleh expect daripada boyfriend korang.

Teman
Hidup ini sunyi kalau takde teman. Jadi perkara pertama yang seseorang lelaki itu mahu dalam hubungan percintaan adalah menjadikan girlfriendnya sebagai teman. Maksudnya lelaki itu boleh meninggalkan rakan-rakannya demi kekasih hatinya pada bila-bila masa sahaja. Lebih baik kalau diorang boleh buat apa-apa sahaja bersama, contohnya pergi berjogging, pergi gym, pergi konsert, pergi tengok perlawanan bola, etc. Elemen ni paling penting dan boleh menjamin masa depan perhubungan tersebut sebab lelaki itu akan melihat kekasihnya bukan sahaja setakat kekasih, malahan sebagai kawan rapat.

Tempat Mengadu
Kena ingat bahawa lelaki ni manusia jugak, bukan robot. Lelaki ada perasaan dan emosi. Disebalik kegagahan diorang, ada kelembutan pada hati diorang. Akan datang suatu masa kegagahan dan kekuatan ini tumpas dan pada masa itulah sokongan daripada kekasih hati amatlah diperlukan.

Dalam proses untuk diorang membuka cerita dan mengadu, perempuan haruslah banyak bersabar dan sentiasa memberi dorongan yang positif kepada boyfriend korang. Ada yang mudah untuk menceritakan segalanya, ada yang amat susah. Ego sentiasa menjadi penghalang, namun kekasih yang baik sentiasa tahu macam mana untuk menumpaskan ego lelaki korang. Ingat ni, sekeras-keras lelaki, dalam hati diorang ada taman.



Teman berborak
Sebuah hubungan akan jadi lebih best kalau kita bebas berbincang tentang topik kegemaran kita bersama pasangan kita. Keserasian pada peringkat minda dan kebijaksanaan ni memang mengujakan. Cuba ambil tahu apa yang boyfriend korang suka dan cuba kasi pendapat tentang perkara tersebut apabila topik itu terlintas dalam perbualan harian korang. Tak perlulah terperinci sangat, asalkan ianya dapat menyemarakkan perbualan tu pun dah cukup.

Fantasi
Fakta yang semua orang perlu terima: kita kenal dan jatuh hati pada seseorang itu melalui rupa atau pada segi luaran, fizikal terlebih dahulu. Kita (lelaki dan perempuan) lihat paras rupa fizikal bakal pasangan kia, boleh terima selepas tu baru ambil tahu pasal yang lain. Ini adalah fitrah. Jangan tak terima atau menyangkal perkara ini.

Berbalik kepada point asal, lelaki suka berfantasi. Ya.. Ni aku tak tipu. Apa yang diorang buat dengan fantasi diorang tu, itu hal mereka. Tapi fakta di sini, lelaki suka berfantasi dan girlfriend mereka biasanya termasuk dalam fantasi mereka. Baguslah tu kan? Nak ke boyfriend korang fantasi pasal perempuan lain pulak? Fantasi adalah indah, tetapi realiti adalah sesuatu yang jauh bezanya daripada fantasi. Nak cerita pasal fantasi ni agak rumit sikit atas sebab dan sensitiviti tertentu. Cukup untuk aku bagi contoh, kalau boyfriend korang ni memang jenis yang tak minat perempuan yang tembam, jadi kena pandai-pandailah korang supaya tak menjadi tembam. Point dia kat sini cari apa yang dia suka kat korang dari segi fizikal dan elakkan daripada menjadi sesuatu yang sebaliknya.

Penasihat peribadi
Satu kesilapan besar perempuan, diorang ni kadang-kadang terima je bulat-bulat apa yang boyfriend diorang buat/plan. Contohnya:

Boyfriend: I nak buat something lah you.. bla bla bla.. bla.. bla.. (explain panjang-panjang) …
Cik awek: Oklah you. Suka hati you, I ikut ajer..

Teeett.. Salah macam tu. Kalau mamat tu dah cerita panjang lebar mestilah dia nak pendapat korang walaupun dia tak cakap dia nak pendapat korang, kecualilah kalau dia cakap dia suruh korang dengar je. Simple je sebenarnya. Lagi satu respon yang agak menjengkelkan ialah bila dah explain panjang-panjang macam tu, pihak perempuan balas cakap ‘ok’. Oh tidak! Benda ni selalu berlaku dalam SMS dan sememangnya annoying.

Lelaki suka rujuk sesuatu pada kekasih diorang untuk dapatkan input dan pandangan diorang. Kalau pandangan korang negatif, jangan takut untuk menyuarakannya . Takde salah dalam menyuarakan pendapat.




Cinta : Hanya sedikit perkongsian dari saya.ramai perempuan yang tidak tahu apa yang sebenarnya yang lelaki mahu.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment