Sunday, May 13, 2012

Aishah Jadi Penceramah Politik - Cinta



SUDAH agak lama tidak mendengar cerita penyanyi Janji Manismu, Aishah. Kali terakhir heboh cerita perceraiannya dengan bekas suami, Faizal Sazali Zulkifli tahun lalu, kini Aishah seakan-akan menyepi seribu bahasa. Kasihan juga pada Aishah, tiga perkahwinannya gagal dipertahankan. Sudah nasib, tapi Aishah tetap bahagia bersama dua puteranya, Armand, 18, dan Azhad, 12.

Cinta sebenarnya antara peminat Aishah sejak bergelar penyanyi utama kumpulan Fan Club dari New Zealand lagi. Masih jelas dalam ingatan imej rambut ketak ketika pulang ke Malaysia, Aishah begitu comel ketika muda dulu. Tapi, sekarang apa kurangnya. Walaupun sudah berhijrah dan berimej muslimah, Aishah tetap manis.
Bukan sejarah silam Aishah yang mahu Raja ceritakan minggu ini. Kisah sedihnya dulu biarlah dibuang jauh-jauh daripada kotak ingatan. Setiap manusia pastinya ada sejarah hitam putih dalam kehidupan.
Sejak kebelakangan ini, i banyak diundang untuk program-program masjid, selain sesi berceramah tentang penghijrahan serta pandangan tentang apa yang berlaku di dalam negara. Ini pun ada yang kutuk. Jangan ingat artis macam i ni bodoh dan tak ada pegangan.... - Aishah
Cinta tidak tahu sejauh manakah kebenaran cerita ini. Cinta dengar Aishah kini bergelar penceramah. Sama ada penceramah agama atau politik, Cinta tidak berani buka mulut. Cerita yang sampai ke pengetahuan Raja mengatakan Aishah kini sibuk diundang sebagai penceramah. 

Ada seorang lagi teman berbisik ke telinga Cinta, Aishah dah berminat untuk sertai parti pembangkang kerana sakit hati dengan seorang bekas menteri apabila meminta pertolongan berhubung kes penganiayaan terhadap dirinya, tapi tidak dilayan. Hmmm, Cinta tidak percayalah. Takkan masalah remeh-temeh boleh menukar prinsip seseorang.

Cinta sempat membaca laman sosial Facebook milik Aishah. Bukan mahu mengintip pergerakan Aishah, tapi mahu tahu sejauh manakah kebenaran cerita yang Cinta dengar. Nyata, apa yang Cinta dengar tidak benar sama sekali. Cinta baca status dan titipan Aishah buat peminatnya, tiada pun cerita pasal parti pembangkang.

Tiada pun cerita nak memburukkan orang itu, orang ini, parti itu, parti ini, hanya sekadar nasihat dan berkongsi pengalaman dengan peminatnya. 
Dalam satu coretan, Aishah berkata: “Kelakar juga bila melihat `mentality’ orang yang kerjanya mencari kesalahan orang lain, kita `sharing’ pasal penghijrahan kita pun ada yang kutuk, macam dah pandai sangat pasal agama. Alahai, ceteknya pemikiran. Whatever it is, i tau i naik ke pentas bercerita dengan satu keikhlasan. Bagi i, yang betul kita aminkan, yang salah kita debatkan, kita persoalkan, untuk kebaikan kita semua bersama.

“Sejak kebelakangan ini, i banyak diundang untuk program-program masjid, selain sesi berceramah tentang penghijrahan serta pandangan tentang apa yang berlaku di dalam negara. Ini pun ada yang kutuk. Jangan ingat artis macam i ni bodoh dan tak ada pegangan....

“Kalau boleh i ingin dikenang sebagai Aishah yang sekarang. Percayalah, Aishah yang sekarang ini jauh lebih happy dan tenang dalam kehidupannya.

“Bila i fikirkan semula, i sangat bertuah kerana walaupun dah 24 tahun menyanyi, masih tetap ada orang yang mahu mendengar nyanyian i. Suara pun Allah SWT bagi masih seperti dulu. Bukan semua artis bernasib baik begitu,” itulah antara coretan yang diambil dari Facebook Aishah.

Jadi, Cinta harap janganlah ada yang tersalah anggap pada Aishah. Tidak salah beliau berjuang untuk kebenaran dan berkongsi cerita penghijrahannya. Aishah juga menyanyi lagu berkonsep ketuhanan. 

No comments:

Post a Comment