Thursday, April 16, 2015

Oh Lelaki Vs Rahsia



Lelaki vs rahsia

Sememangnya agak sukar juga untuk kita memahami dan menyelami hati seseorang lelaki itu apatah lagi sesuatu rahsia yang tersimpan di dalam diri mereka ini tersimpan seperti sebuah peti besi yang berisi gudang harta karun!

Tidak seperti kaum hawa yang biasanya akan lebih mudah dan senang untuk berkongsikan segala masalah suka duka mereka kepada orang lain sama ada teman rapat, kekasih mahupun pada ahli keluarga mereka.

Namun bagi lelaki mereka lebih selesa memilih untuk menyimpan dan akan cuba meyelesaikan masalah mereka sendiri dengan sadaya upaya yang boleh tanpa mengharapkan penyelasain dari orang lain.


Lelaki tidak suka dianggap lemah

Lelaki sebolehnya ingin memperlihatkan yang dirinya boleh melakukan banyak perkara dan akan sentiasa mencuba menampilkan penampilan yang hebat lebih-lebih lagi di mata kaum hawa. Sebab itulah jika anda berhadapan dengan kaum lelaki mereka akan sebolehnya akan cuba menyelesaiakan masalah sendiri tanpa meminta bantuan dari orang lain.

Lebih up lagi jika takala si dia berhadapan dengan gadis yang disayanginya. Dan sebolehnya mereka ini tidak mahu memperlihatkan kelemahan yang ada dalam dirinya.
Tidak mahu menyusahkan.

Pada kebiasaanya apa yang dapat Suri perhatikan dari seorang lelaki sebelum mereka ingin melakukan sesuatu perkara, lazimnya mereka ini akan menimbang dahulu baik buruknya sesuatu perkara itu sebelum mereka melaksanakannya terlebih dahulu.

Sebab itulah sungguhpun mereka memang mengalami masalah dan ingin
meminta bantuan dari kamu, tetapi sekiranya mereka melihat kamu sedang sibuk atau juga kamu sedang bermasalah, mereka ini akan segera melupakan hasrat tersebut kerana mereka tidak mahu menambah bebanan yang sedia kamu tanggung.


Ego

Namun ada juga lelaki yang memang tidak mahu berkongsi masalah  yang sedang dihadapinya kerana di kuasai oleh sikap ego mereka sendiri. Bagi lelaki ego akan membuatkan mereka akan berasa lebih tercabar dan akan dipandang rendak jika mereka tidak berupaya menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Sebab itulah, mereka akan sedaya upaya akan cuba menyelesaikannya terlebih dahulu. Bagi Suri ia satu perkara yang baik bagi lelaki tersebut kerana mereka berupaya berbuat demikian sebagai alasan yang kukuh untuk berdikari atas kaki sendiri. Akan tetapi padahnya akan memakan dirinya semula sekiranya masalah tersebut tidak dapat mereka atasi.


CINTA : Lelaki memang perahsia

No comments:

Post a Comment