Thursday, April 26, 2012

Nora Danish Mahu Tenang Di Tanah Suci - Cinta


TERSENTUH pula emosi apabila mendapat tahu berita yang disampaikan seorang kawan baik daripada kalangan wartawan ini.
Ceritanya adalah mengenai pelakon cantik siri Tentang Dhia, Nora Danish yang akan mengerjakan umrah dan akan berlepas ke Tanah Suci, Jumaat ini. 
Menurut teman berkenaan, tarikh yang dipilih Nora itu adalah tarikh sama dengan majlis pernikahan bekas suaminya, Jejai bersama Fasha Sandha.

Mungkin Nora masih lagi terluka dan tidak sanggup melihat apa yang sedang berlaku lalu, membuatkan dia nekad untuk menziarahi Rumah Allah s.w.t itu. Melihat dari sudut positif, siapa tahu, Nora sendiri mahu doakan yang terbaik untuk semua yang mengenali dirinya.

Khabarnya, Nora pun tidak menerima undangan perkahwinan Fasha dan bekas suaminya itu. Itu memanglah tidak mengejutkan kerana ia membabitkan soal hati dan perasaan. Undangan perkahwinan sesuatu yang serius dan bukan macam undangan ke majlis tari menari.

SS yakin kalau Nora dapat kad mereka sekali pun, tentu dia tidak sanggup untuk pergi kerana terkenangkan pergolakan yang pernah berlaku antara mereka bertiga dulu. Nora, Jejai dan Fasha sendiri lebih maklum mengenai perkara ini dan masing-masing rasanya sudah faham sekarang.

Bagi saya sekarang, hidup kita bergerak ke depan. Kalau sudah jodoh Nora dan Jejai setakat itu saja, masing-masing kena reda dan pasrah saja.

Bagi saya perkahwinan bukannya boleh dipaksa-paksa dan mestilah ditempuhi dengan seribu kebahagiaan. Kalau sudah tidak boleh duduk sebumbung dan tidur sekatil, elok saja berpisah. Kita kena ingat bahawa setiap yang terjadi di atas muka bumi ini ada hikmahnya.

Dari jauh saya tetap doakan yang terbaik buat Nora, Jejai dan Fasha dan semoga mereka akan lebih bahagia. 

No comments:

Post a Comment