Thursday, April 9, 2015

Lelaki Petanda tidak subur

MASALAH urat seperti bersimpul dan jelas kelihatan pada kantung testis barangkali sering dialami golongan lelaki. Bagi yang peka dan selalu memeriksa alat sulit sendiri, anda akan perasan mengenai gejala itu jika ia berlaku terhadap anda.Menurut istilah perubatan, keadaan urat bersimpul dan kadangkala kelihatan seperti longgokan cacing dikenali sebagai varikosel.

Varikosel ialah pembuluh darah ven yang berpintal dan mengembang di dalam kerandut buah zakar. Ia dapat dirasa seperti ‘cacing dalam kantung’ atau kelihatan seperti urat timbul dan bersimpul.
Ia sebenarnya ven yang menyalurkan darah keluar daripada testis, yang kebetulan mengembang dan menyebabkan darah mendap.

Akibat daripada kemendapan darah itu, bahan tidak sihat seperti sisa metabolisme kilang buah zakar yang terkandung dalam darah mendap itu diserap ke dalam testis dan boleh mengganggu fungsi testis berkenaan.

Suasana panas yang terpancar daripada varikosel boleh membuatkan kilang sperma tergendala dan sperma menjadi lemah. Senario ketara yang boleh berlaku ialah apabila kedua-dua faktor negatif tadi menyebabkan mereka yang mengalaminya menjadi kurang subur.

Varikosel biasanya berlaku kepada 15 peratus lelaki, manakala 40 peratus daripada lelaki berkenaan dikenal pasti mengalami masalah kesuburan.

Ia biasa berlaku kepada buah zakar di sebelah kiri. Varikosel yang ‘ringan’ iaitu pembuluh darah ven yang kembang sedikit tidak memberi apa-apa kesan kepada kilang sperma.



Apabila ia kelihatan berurat-urat seperti ‘cacing dalam kantung’, kemungkinan ia boleh menjejaskan kesuburan lelaki.


Mana-mana lelaki yang berkahwin tetapi belum dapat menghamilkan pasangannya, perlu menjalani ujian air mani untuk mengenal pasti kedudukan profil sperma, sama ada normal atau sebaliknya.


Jika profil sperma tidak normal, doktor akan mencadangkan prosedur untuk mengatasi masalah ven iaitu melalui pembedahan mengikat ven atau menyuntik ubat untuk menutup ven supaya darah tidak lagi mendap.


Bagaimanapun, prosedur itu tidak memberi peratusan tinggi dalam pemulihan dikehendaki iaitu pemulihan kurang 50 peratus.



sebilangan pakar pula tidak lagi mengesyorkan pembedahan berkenaan kerana kesan sampingan yang boleh berlaku seperti kerosakan buah zakar, jangkitan dan hidrosel.


Bagaimanapun, masalah varikosel dikendalikan mengikut kes. Bagi individu belum berkahwin, jika anda mengenal pasti segumpal urat yang kelihatan di kerandut zakar, ia belum membuktikan anda mengalami varikosel.


Namun, jika anda dikenal pasti menghidapinya, tidak ada cara untuk mengubatinya. Pada pandangan saya, ia bukan masalah besar dan ia terjadi secara kebetulan.


Bagaimanapun, jika sudah berkahwin dan kebetulan belum dapat menghamilkan isteri, mungkin ia menjadi isu atau masalah bagi mendapatkan zuriat jika ujian sperma anda bermasalah.


CINTA : Semoga artikel ini dapat memberi info kepada lelaki yang mengalami masalah tidak kesuburan.Jangan susah hati kerana setiap penyakit ada ubatnya.Terpulang kepada diri sendiri untuk terus berusaha InshaAllah

No comments:

Post a Comment