Friday, April 10, 2015

Lelaki Pemarah Sejukkan Emosi Marahmu

Cuba tanya pada diri anda sama ada anda pernah berasa marah atau tidak? tanya juga pada diri anda adakah anda seorang yang panas baran atau sebaliknya? Mungkin anda sukar untk menjawab soalan tersebut ataupun untuk menilai diri sendiri. Jika begitulah keadaannya, apakata anda bertanya pula kepada orang sekeliling, terutama kepada pasangan, ahli keluarga atau rakan yang rapat dengan anda. Mungkin hanya dengan cara itu anda perolehi jawapan yang diperlukan.

Pemarah

Mengapa agaknya manusia begitu mudah untuk menjadi marah? Hmm, jika keadaan kemarahan kita tidak boleh dibendung, ia akhirnya akan merubah kepada sikap. Sikap ini disebabkan terlalu kerap atau mudah untuk merasa marah. Cuba tanya pada diri kita, boleh atau tidak kita mengawal kemarahan? Jika kita masih boleh mengawal kemarahan, ini menunjukkan kita bukan dari kategorikan orang yang panas baran.

Panas Baran

Bila kemarahan berganda, maka ia menjerumus kepada tabiat. Pantang silap sedikit, kita terus menjadi marahKemarahan ini tidak dapat dikawal. Ianya secara tidak langsung menjadikan tabiat kepada sikap. Sikap panas baran yang tidak kawal inilah yang akan menjadikan orang di sekeliling tidak boleh menghormati kita.
Sikap panas baran yang tidak boleh dikawal akan menyebabkan kita tergolong dalam kategori orang berpenyakit. Penyakit ini dinamakan penyakit emosi. Jika ianya tidak dikawal atau dirawat, ia seterusnya akan mengundang kepada gejala-gejala atau keadaan yang lebih buruk. Bayangkanlah apabila kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menyebabkan ada segelintir individu yang sanggup melakukan perkara-perkara seperti mendera mahupun membunuh.

Bagaimana Mengatasi Panas Baran

Jika diikutkan penyakit emosi ini masih boleh dirawat. langkah yang boleh diambil adalah muhasabah diri. Buat penilaian tentang diri. Fikirkan dahulu sebelum memikirkan apa tindakan yang perlu diambil. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu. Memang jika kita fikirkan tentang kemarahan, ia boleh mengundang kepada perasaan marah. Walaupun begitu, fikirkan kembali bahawa wajarkan kita bertindak sedemikian rupa? Matangkah kita dengan sikap yang sedemikian? Eloklah kita selidiki dahulu perkara atau keadaan sebenar. Jangan terlalu mudah mengambil tindakan sebelum membuat penilaian atau penyiasatan. Letakkan diri kita di dalam keadaan yang rasional tanpa dikuasai dengan emosi. Tindakan yang di dahului dengan emosi akan mengakibatkan perkara yang buruk. Bagi mengatasi keadaan ini, kita harus berfikiran waras. Fikirkan sedalam-dalamnya. Fikirkan perasaan orang lain jika kita bersikap marah mengenai satu-satu perkara. Harus diingat bahawa diri kita sendiri berkenaan jika sedemikian rupa bukan?
Cara terbaik, fikirkanlah bahawa setiap daripada kita mempunyai kelemahan
dan kekurangan masing-masing. Jadi, jika kita mempunyai sikap panas baran, dengan jelas menunjukkan kekurangan diri kita yang tidak berjaya mengawal diri sendiri. Jika kita mudah marah, ia menunjukkan bahawa diri kita dikawal oleh orang sekeliling. Jadi anda fikirlah. Selain itu, anda perlu bersikap positif. Sikap ini dapat membantu anda menangani masalah ini. Anda sendiri boleh mengubah cara hidup, jadi tanyalah pada diri sama ada mahu berubah atau sebaliknya.
Seterusnya adalah yang berkaitan dengan pemakanan anda. Apa yang anda makan juga membantu anda mengurangkan sikap panas baranKurangkan makan yang pedas berempah.
Semua ini hanya sekadar tip yang boleh membantu mengurangkan masalah anda. Namun apa yang paling penting adalah diri anda sendiri, yang akan menentukan apa yang ingin dilakukan.

CINTA : kepada lelaki elakkan marah terlalu panjang kerana ia boleh merosakkan hubungan.Sejukkan sedikit marah mu dengan membaca artikel ini ok.





No comments:

Post a Comment