Friday, April 10, 2015

Kenapa lelaki cepat bosan dengan awek dia



Kenapa lelaki cepat bosan dengan awek dia? 
Sedangkan i dah banyak berkorban untuk dia.keluh kaum hawa. Aku tengok bila timbul je keluhan macam ni, ada kemungkinan relationship tu boleh roboh kalau tak cari jalan penyelesaian.. Untuk mengelak dari jadi macam itu, perempuan kena fahamkan betul-betul kenapa diaorang (lelaki) ni boring dengan korang.

Lelaki cepat bosan bila :

1. Korang asyik contact diaorang.. Sehari lebih dari 4-5 kali atau lebih. Bila kontek cerita benda sama


2. Korang buat diaorang rasa terkongkong. Dioarang nak buat something, korang halang.


3. Terlalu kerap sangat berdating


4. Ada 1 tabiat korang yang buat diaorang boring. Contohnya asyik mengumpat, cepat merajuk, pemarah

Ada banyak lagi sebenarnya. Macam dari segi imej. Tapi lelaki macam ini kita
tahu-tahu jelah jenis macam mana.. Kalau aku jadi perempuan, aku angkat kaki je. Ok bab ni aku taknak bebel panjang lebar.

Kalau korang tengok balik, bila lelaki ditanya pasal ciri-ciri perempuan yang dia
nak, mesti jawapan yang keluar "Nak perempuan yang faham aku". Banyak mana pun jawapan, mesti yang ni akan keluar. Mesti!

Kesimpulan dia, korang kena faham diaorang. Lagi 1 lelaki sangat-sangat perlukan ruang untuk diri dia. Janganlah asyik contact.. Sehari 2 kali korang msg/call cukup rasanya. Bila dia nak hangout dengan memember ke atau apa-apa aktiviti yang tak melibatkan korang, jangan halang. Tang dating tu pun sama. Mula-mula memanglah dia on je bila korang ajak dating tapi lama-lama nanti mesti dia bosan.. Dah macam takde apa yang menarik ar sebab selalu sangat berjumpa. Tang tabiat lagi-lagi yang cepat merajuk tu, buang jauh-jauh tabiat tu.. Dah pujuk pun still merajuk. Serius sangat anoying bagi lelaki.

CINTA :Tu jelah pendapat aku. Ada sesiapa nak tambah? Perempuan kalau nak bagi pendapat.. Atau nak membantah ke? Hehe





3 comments:

  1. Wow , kesemuanya betul , anda sangat memahami

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau share lah untuk kawan-kawan yang lain :)

      Delete