Friday, April 10, 2015

hati seorang lelaki

Memang mudah untuk melafazkan kata cinta, tetapi untuk membuktikannya tidak semua lelaki berani tampil ke depan!  Kalau anda ingin tahu , orang lelaki yang betul-betul mencintai dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan! Hmm… hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba semulajadi berubah menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.  Bahkan lelaki yang sedang kemaruk cinta sanggup bekorban apa saja demi untuk kekasihnya.  Walau keras mana hati insan bergelar lelaki, dia tetap akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.

Dia lelaki sanggup melakukan apa-apa saja untuk kekasih hati dengan rela bukan kerana terpaksa.

Dia lelaki sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya  dan berubah menjadi orang yang ringan mulut(peramah dan suka berbual)

Dia lelaki banyak memberi nasihat kepada kekasihnya kerana sayangkan kekasihnya.

Dia lelaki akan berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburu meluap-luap.

Dia lelaki yang sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

Dia lelaki yang sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana berasa curiga.

Dia lelaki yang tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

Dia lelaki yang mudah sensitive apabila kekasihnya tidak menumpukan perhatian padanya.

lelaki akan memuji kekasihnya di hadapan orang lain.

lelaki akan berasa serik untuk bercinta lagi setelah di tinggalkan oleh kekasihnya tetapi sentiasa berharap kekasihnya kembali padanya semula.

Apabila muncul orang ketiga, lelaki sanggup melakukan apa saja untuk merebut kembali hati kekasihnya.

lelaki akan mengangap kekasihnya orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta bahkan nyawa sendiri.

Ayuh, kita lihat lelaki mana yang benar-benar mencintai kita sepenuh hati dan sanggup sehidup semati dengan kita hingga ke akhir hayat !
Dia lelaki menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

Dia lelaki yang pandai merajuk untuk dipujuk oleh kekasihnya.

Dia lelaki akan tidak keruan apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.

Dia lelaki yang sentiaa memastikan keselamatan kekasihnya.

Dia lelaki yang lebih mementingkan kekasih dari dirinya.
Dia lelaki yang kerap bertanya adakah dirinya dicintai kerana merasakan kasihnya lebih kuat dari kekasihnya.

Dia lelaki yang tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada  urusan yang penting dengannya.

Dia lelaki yang sanggup meluangkan lebih banyak masa dengan kekasih walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.
Tidak akan bersikap curang, namun sekiranya ini berlaku dia tidak 100% mencintai anda.

Yang paling penting, tidak semua insan bergelar lelaki sangup mengalirkan air mata hanya untuk perempuan.


Jadi, wahai wanita bersedialah anda untuk memahami secebis hati milik seorang insan bergelar lelaki.

CINTA : Kepada selamat mengenali hati lelaki.

No comments:

Post a Comment