Sunday, April 8, 2012

Fasha Sandha Kahwin 29 April 2012, Bali Jadi Pilihan - Cinta

Akhirnya selepas begitu lama berteka-teki, semalam Berita Harian telah melaporkan yang Fasha Sandha bakal berkahwin dengan Jejai pada 29 April 2012 ini. Majlis perkahwinan akan dijalankan secara gilang gemilang di Bali, Indonesia. Mungkin pasangan ini mahukan majlis yang lain daripada yang lain.



Menurut Berita Harian, segala persiapan sudah pun selesai dilakukan. Manakala jemputan untuk majlis perkahwinan mereka ke Bali hanya sekitar 100 orang termasuk ahli keluarga dan media. Memang benar-benar ekslusif.
Walau sebelum ini ramai meneka mereka akan melangsungkan pernikahan di Jakarta, Indonesia, ia tidak benar. Sebaliknya pulau peranginan eksotik iaitu Bali menjadi pilihan kerana mood romantis yang wujud di pusat peranginan terkenal itu. Mengikut perancangan, busana pengantin mendapat sentuhan pereka tempatan popular, Rizman Ruzaini, manakala kepercayaan untuk menyolek wajah bakal pengantin pula diberikan kepada jurusolek kegemaran ramai artis ternama, Tiar Zainal.
Apa pun tahniah kepada Fasha akhirnya bakal bergelar isteri juga. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar. Rasanya gambar pre wedding Fasha dan Jejai pun sudah selesai ditangkap. Harap-harap sudilah berkongsi dengan peminat.

No comments:

Post a Comment