Friday, April 17, 2015

Dosa Seorang Lelaki

Perkataan dayus biasanya banyak disebut oleh kaum perempuan sebab 'dayus' itu sendiri ditujukan kepada kaum lelaki.Apakah sebenarnya dayus dalam Islam?

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Seorang sahabat nabi bertanya: apakah dayus itu wahai Rasulullah?Jawab Nabi: Iaitu seseorang(lelaki) yang membiarkan kejahatan(zina,buka aurat,bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya(isteri dan keluarganya).

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus dalam bab dosa besar sehingga pernah disebut dalam satu athar-->Allah telah melaknat lelaki dayus(laknat bermakna dosa besar dan wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan di haramkan bergaul dengannya).
-membiarkan kecantikan aurat,bentuk tubuh isteri dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat(jika bekerja) atau diluar rumah.
-membiarkan isterinya pulang lewat kerumah yang tidak diketahui bersama dengan siapa,serta apa yang dilakukannya dan siapa yang menghantarnya pulang.
-membiarkan anak peerempuannya 'berdating' dengan tunangnya atau lelaki bukan mahramnya.
-menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan atau isteri berpakaian seksi diluar rumah.
-membiarkan anak perempuannya atau isteri memasuki rancangan hiburan dan sebagainya yang mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahramnya.
-membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain,kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah nafsu lelaki dihilangkan semasa berlakon?
membiarkan isteri disentuh oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam spt menyelamatkan isteri daripada lemas n sebagainya.
membiarkan isteri berdua-duaan dengan lelaki lain tanpa sebab musabah tanpa rasa cemburu.
membawa isteri dan anak perempuannya untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor perempuan..

CINTA : Semoga kita dapat mengelakkan diri kita dari menjadi lelaki yang DAYUS. InsyaAllah



No comments:

Post a Comment