Sunday, December 16, 2012

Ciri-Ciri Wanita Hamil



Kehamilan secara pasti hanya bisa di diagnosa oleh Doktor. Namun demikian terdapat beberapa ciri pada wanita yang merupakan tanda si dia sedang hamil.
Berikut ini, beberapa tanda sekiranya Isteri anda Hamil :
1. Tidak lagi mendapat haid atau menstruasi pada bulan seterusnya. Untuk itu perlu diketahui secara pasti waktu hari pertama datangnya haid agar anda dapat mengetahui usia kehamilan dan perkiraan waktu persalinan isteri anda. Walaupun demikian, perlu di ketahui bahwa haid yang tidak tepat waktu juga dapat disebabkan oleh hal-hal lain.
2. Mual dan muntah. Akibat adanya perubahan hormon pada isteri anda. Mual muntah ini sering disebut sebagai “morning sickness” kerana mereka akan sering mual dan muntah di pagi hari pada bulan-bulan pertama kehamilan.
3. Sering buang air kecil. Ini terjadi kerana kandungan kencing isteri anda tertekan oleh rahim yang membesar. Keluhan besar ini biasanya akan berkurang pada kehamilan berusia 12 minggu dan timbul kembali setelah kehamilan berusia 28 minggu.



4. Mengidam. Pada bulan pertama kehamilan, wanita hamil biasanya menginginkan makanan-makanan tertentu. Ini kerap terjadi bulan-bulan pertama.


Tanda dan ciri lain yang biasa muncul pada wanita hamil adalah adanya pembesaran payudara, puting payudara yang membesar dan berwarna gelap bahkan kadang-kadang terasa sangat gatal dan sakit.
Setiap wanita memiliki tanda kehamilan yang sangat bervariasi. Ada yang berat dan ada juga yang bahkan tidak mempunyai keluhan sama sekali. Bila ciri-ciri kehamilan ini belum ada, maka sebaiknya anda melakukan test yang lain.
Cara yang paling sering di gunakan oleh Doktor untuk test kehamilan adalah dengan test urin. Test urin kehamilan ini biadanya anda boleh lakukan sendiri dengan membeli alat test di farmasi dan melakukan test urin di rumah anda.
Test urin kehamilan dilakukan dengan mengukur kadar HCG (Human Chorionic Gonadotropin) iaitu sebuah hormon yang dihasilkan plasenta dan jumlahnya akan meningkat dalam urin dan darah selama minggu pertama setelah konsepsi.
Perhatikan perubahan yang disediakan ketika menggunakan alat test urin ini. Hasil paling tepat sekiranya test dilakukan pada pagi hari sebab saat itu hormon HCG sangat tinggi. Sekiranya anda masih ragu-ragu apakah isteri anda sedang hamil atau tidak, berjumpalah Doktor anda. Doktor dapat memastikan kehamilan isteri anda dengan USG (Ultrasonografi), dengan metode ini Doktor akan memperlihatkan gambaran janin dalam kandungan isteri anda.

Cinta : Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Kepada wanita-wanita yang disahkan hamil diluar sana ucapan tahniah untuk anda.Sekian Terima Kasih.

Blog Widget by LinkWithin

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More