Sunday, April 15, 2012

Cerita Mengenai Nuffnang - cinta

Sebutir Benih Ditanam


Di sekitar akhir bulan Mei 2006, 2 mahasiswa universiti; Timothy Tiah dan Cheo Ming Shen sedang menjamu makanan tengah hari di London.
Peperiksaan semakin hampir tetapi perbincangan di antara mereka berdua hanya meliputi topik perusahaan.
Semenjak melalui pengalaman perusahaan bisnes dari zaman pelajar, mereka tidak sabar untuk keluar dan mempraktikkan idea di pasaran tempatan masing-masing di Malaysia dan juga Singapura.
Di dalam restoran ini lah benih-benih Nuffnang.com ditanam.

Apa Pokoknya?


Mereka telah membuat keputusan untuk memulakan perniagaan, tetapi apakah jenis perniagaannya?
Timothy pada masa itu telah pun mempunyai minat yang mendalam kepada blogging yang merupakan suatu fenomena besar ketika itu. Beliau yang telah mempunyai sejumlah pembaca setia blog miliknya bersama seorang rakan, memikirkan tentang kurangnya industri pengiklanan yang relevan dan dapat menjana pendapatan lumayan.
Rantau Asia bakal mempunyai komuniti pengiklanan blognya sendiri.

Memelihara Pertumbuhan


Beberapa bulan telah digunakan untuk merancang Nuffnang.com
Berdasarkan kepada pelan bisnes, sejumlah sasaran yang rendah sebanyak 300 blogger telah ditetapkan untuk tempoh 3 bulan.
Ada yang melahirkan rasa skeptik dengan jumlah sasaran itu, ini termasuk kedua-dua pihak perancang projek ini sendiri.
Nuffnang.com.my dilancarkan pada 27 Februari 2007 dan telah berjaya mendapat 300 orang blogger untuk berdaftar dalam tempoh 3 hari pertama. Nuffnang.com.sg pula dilancarkan pada 2 bulan kemudian pada 30 April 2007.
Setakat bulan Julai 2009, terdapat lebih 80,000 blogger berdaftar di Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia. Nuffnang telah diterima umum dari setiap penjuru, berjaya diterbit ke dalam media akhbar utama seperti The Star, Malaysia dan The Straits Times, Singapura.
Beribu-ribu orang blogger telah menyiarkan iklan kami ke dalam blog mereka dan melibatkan syarikat seperti Nike, Citibank, Nokia, F&N, Disney Pictures, Honda, Samsung, Procter and Gamble dan banyak lagi.
Apa yang lebih penting, komuniti Nuffnang telah berkembang dan telah menjadi tumpuan oleh blogger di rantau Asia-Pasifik. Para blogger kami menggelarkan diri mereka sebagai Nuffnanger, sebuah entiti organik berkembang yang amat kami banggakan.
"The best is yet to be" (Yang terbaik kini masih belum dikabulkan).

No comments:

Post a Comment