Saturday, April 21, 2012

Cara untuk mendapat cinta suci dari seorang lelaki - cinta

Cinta Suci?
Lazimnya, setiap wanita ingin mendampingi lelaki yang cuba mencintainya. Kebanyakannya wanita tidak mementingkan pada paras rupa sesorang lelaki tapi lebih kepada aura cintanya. Cinta suci dari seorang lelaki adalah haruman bagi si wanita untuk terus merasa bahagia disampingnya. Memang agak sukar untuk mencari dan mendapatkan lelaki seperti itu namun ianya pasti ada. Namun sebelum itu, anda perlu pastikan adakah anda layak untuk mendapatkan harapan seperti itu? Adakah anda bersedia untuk melakukan anjakan pada diri anda untuk mendapatkan cinta suci darinya? 4 Kenyataan di

bawah dapat memberikan tip kepada anda untuk bersedia mengecapinya.

Tip Memperolehi Cinta Suci

Pertama : Berhenti jual mahal

Untuk membuatkan lelaki yang anda sayang terpikat dengan anda, anda perlu berhenti jual mahal dan si dia ruang untuk hampiri anda. Lelaki selalunya akan mula jauhi wanita yang selalu jual mahal. Ada juga yang tidak pernah putus asa tetapi dia akan mula jauhi anda apabila dia terjumpa wanita yang boleh menerima dia. Berikan dia peluang untuk buktikan cinta dia terhadap anda. Untuk penampilan pertama, jual mahal adalah suatu perbuatan lumrah, tetapi jika meleret hingga ke tahap menjengkelkan, anda juga yang rugi dan dijauhi.

Kedua : Jangan terlalu berharap memiliki lelaki yang sempurna

Lelaki yang sempurna tidak wujud tetapi anda boleh wujudkan lelaki sempurna untuk  diri anda. Anda boleh bantu lelaki yang anda suka untuk jadi lelaki sempurna buat diri anda. Dari sini, anda akan dapat cinta yang suci dari pasangan anda. Cinta yang suci juga lahir apabila anda berusaha untuk mencintai si dia dan bukan mengharapkan kesempurnaan dari si dia yang memang wujud secara azali. Kesempurnaan boleh diusahakan dan dikecapi melalui hati dan cinta yang suci.

Ketiga : Sentiasa menjaga penampilan diri

Apabila anda jaga penampilan diri dari segi pakaian dan tutur kata, lelaki akan hormat pada diri anda. Seterusnya lelaki akan mula berminat untuk hampiri anda dan berikan anda cinta yang ikhlas. Jika anda bersihkan diri dan hati anda, anda pasti akan terima cinta yang suci dari seorang lelaki. Tahukah anda, penampilan diri merupakan anjakan awal untuk lelaki berminat dan cuba mendekati anda? Oleh itu, sentiasalah jaga penampilan tapi bukan berlebihan cukup sekadar manis dipandang dan yang paling penting adalah kebersihan. Kebersihan diri dan hati anda akan melahirkan cinta suci yang menjadi tarikan si lelaki.

Keempat : Berikan peluang pada setiap lelaki yang ingin hampiri anda

Apabila ada lelaki yang  ingin hampiri diri anda, berikan dia peluang untuk kenali diri anda. Mungkin pasti, akhirnya anda akan dapat menemui cinta sejati dari lelaki yang benar – benar ikhlas ingin menjaga dan mencintai diri anda. Memang agak sukar untuk menetukan samada si lelaki membawa hati yang suci atau sebaliknya terhadap anda. Namun ada ketikanya si dia mungkin akan muncul saat itu, dan sekiranya tidak anda perlu bersabar dan belajar dari pengalaman serta situasi itu. Memberi peluang adalah lebih baik daripada mengharapkan sesuatu kesempurnaan atau pekara yang tidak pasti. Oleh itu, memberi diri dan si dia peluang adalah jalan yang harus anda lalui untuk menemui cinta suci itu.




Segala penulisan oleh Cinta di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

Blog Widget by LinkWithin

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More