Thursday, April 16, 2015

Anda tidak keseorangan wahai lelaki

TIDAK dinafikan, masalah mati pucuk sangat ditakuti lelaki. Mati pucuk bererti lelaki itu tidak mampu mencapai ereksi mencukupi dan kekal untuk memasukkannya ke dalam faraj pasangan.
Yang pasti, ia tamparan hebat buat lelaki dan membuatkannya hilang kejantanan. Percaya atau tidak, ini yang berada dalam kepala setiap lelaki.

Lelaki yang mati pucuk ada perasaan dan nafsu syahwat. Mereka rasa tertekan kerana tidak dapat melakukan perkara menyeronokkan dan tidak hairan jika mereka mengalami perubahan mood dan tingkah laku negatif.
Jarang lelaki muda mati pucuk. Jika ia berlaku, mungkin ada masalah kesihatan terselindung dan elok dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

Kini rawatan moden dapat membantu sebilangan besar lelaki mati pucuk. Rawatan tradisional seperti urut tidak berkesan, malah memudaratkan. Jangan percaya pada fahaman karut dan khurafat kononnya mati pucuk akibat buatan orang.

Yang mustahak, lelaki yang mengalami mati pucuk perlu memahami dia tidak bersendirian dalam masalah ini.
Kajian di Malaysia mendapati 2.3 juta lelaki Malaysia berumur 40 tahun dan ke atas mengalami mati pucuk dan angkanya mungkin lebih jika turut dimasukkan jumlah lelaki muda. Soalnya, jangan mendiamkan diri, sebaliknya dapatkan bantuan doktor.

Mati pucuk boleh mengakibatkan masalah kesuburan kepada pasangan kelamin kerana suami tidak dapat memasukkan ereksi ke dalam faraj isteri untuk menyalurkan air mani yang mengandungi sperma.

Air mani dapat dimasukkan ke dalam faraj sama ada doktor yang melakukannya melalui prosedur penyemaian mani berhadas (artificial insemination husband)
atau suami itu sendiri (mengeluarkan air mani secara onani dan menyuntiknya ke dalam faraj dengan alat penyuntik tanpa menggunakan jarum).

Zakar yang tidak menegang pun boleh terpancut air mani jika dirangsang. Bagi wanita yang prihatin hal ehwal kesihatan pasangan atau kawan, tidak salah memberi sokongan dan motivasi supaya mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

CINTA : Kepada yang mati pucuk tu haruslah bersabar teruskan berusaha pasti ada jalannya.Jangan mudah mengalah ok.

No comments:

Post a Comment