Wednesday, April 25, 2012

Akma AF Tunang 6 Mei

nak ucapkan tahniah kepada Akma AF3 yang bakal melangsungkan pertunangannya dengan jejaka yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan pada 6 Mei ini. Kalau tak salah SS, sebelum ini Akma berkawan rapat dengan orang lain tetapi tak ada jodoh mereka.
Bakal tunang Akma namanya Farih Hamshi, 28, bekerja sebagai eksekutif di Petronas. Bagaimanapun, khabarnya cinta mereka berdua bukanlah berputik dalam sekelip mata. Farih adalah kenalan kepada kawan Akma. 
Hanya selepas Farih balik bertugas dari Melbourne, Australia, lebih setahun lalu barulah mereka ‘bertemu’ semula di twitter dan kebetulan masing-masing solo, mereka pun mulalah berkenalan lebih mendalam.

Tetapi kalau dah jodoh, segalanya akan Allah permudahkan dan semoga ikatan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kalau ada gaduh sikit-sikit nanti, selesaikanlah dengan cara baik dan bukan terus melangkah ke pejabat kadi.difahamkan yang majlis pertunangan itu akan diadakan di kediaman keluarga Akma di Taman Buana Perdana, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Khabarnya mereka bertunang tidak lama dan akan disatukan sebulan selepas itu. Baguslah, kalau kedua-duanya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri, tidak perlu bertangguh lagi. 

Akma pun dah bertudung dan tentu tidak manis ke hulu ke hilir tanpa ikatan yang sah. Meskipun sudah berhijrah, dia masih aktif menyanyi, cuma dirinya kurang mendapat publisiti di akhbar.

semua persiapan pertunangan dah siap, hanya tunggu tibanya tarikh keramat itu saja. Baju yang akan Akma sarung pada majlis pertunangannya, hiasan pelamin dan gubahan hantaran ditaja Butik Laili. 

No comments:

Post a Comment