Friday, April 10, 2015

Tip Memujuk Girlfriend Boyfriend Yang Merajuk

Tip ni sesuai untuk budak-budak sekolah menengah sahaja sebab saya alaminya ketika saya dibangku sekolah :) . Jadi mungkin pelajar-pelajar IPTA/S tu maybe tidak berapa sesuai dipraktikkan. Saya kata tip dan bukan tips sebab ada satu tip saja yang akan saya berikan.

Kalau GF/BF adik-adik merajuk dan tidak mahu bercakap langsung dengan adik-adik bagaimanakah caranya nak memujuk si dia. Berikan bunga bagi para gadis? Well…biasanya adik-adik memang selalu guna cara ini kan. Apa kata cuba cara lain pula seperti ini…

Pergi kat papan hitam kelas adik. Padamkan tulisan-tulisan cikgu tersayang tu. Kalau malu pastikan adik-adik lakukan ini pada masa balik atau ketika tiada pelajar lain di kelas melainkan seorang sahabat rapat adik. Ambil kapur dan tulislah perkataan “I MISS YOU” kat papan hitam tu. Kenapa I MISS YOU dan bukan I LOVE YOU? Bukankah adik pada masa ini rindu sangat pada si dia sebab dah lama tak berbual mesra dengan si dia? Betul kan? Lepas tu adik berdiri kat tepi papan hitam tu. Buatlah ekpresi muka yang paling manja, paling lawa, paling hensem dan snap la gambar sekeping. Sekarang zaman dah canggihkan kita tak guna filem lagi dan biasanya suka save gambar dalam PC saje tapi untuk tujuan ini Sis galakkan adik-adik cuci sekeping gambar ini. Ambil envelope dan hantar kepada GF/BF adik-adik tanpa sebarang coretan lain. Nah cukup mudah dah segala mesej kita telah disampaikan dengan sepenuhnya kepada si dia. Lagipun gambar yang dicetak dan dihantar menggunakan sms tak sama feelingnya tau.

Taktik ini sangat berkesan kepada Sis satu masa dulu :P . Sebab Sis pesan pada si dia tu yang Sis tak mahu sebarang penjelasan dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Dan berkat kekreatifan BF Sis dia dapat memujuk Sis dengan hanya sekeping gambar sahaja. Nanti Sis letakkan gambar itu di sini kalau jumpa….

CINTA :Selamat mencuba semua! Kalau berjaya jangan lupa letakkan feedback okay :) 

No comments:

Post a Comment