Saturday, April 11, 2015

cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang


Macammana la saya nak pujuk dia ni...ish segan nye...

Pertamanya, perlu saya katakan bahawa, saya ni bukanlah seorang
pakar cinta atau pakar runding perhubungan. Namun, atas dasar
perkongsian pengetahun dan pengalaman yang ada, maka saya gagahkan juga
diri ini untuk menulis sikit sebanyak tentang tips yang diminta.
Saya harap, orang yang bertanya akan mendapat sikit info yang mungkin dapat menjadi panduan anda.
Berikut ini adalah tips yang dapat saya berikan.


* 1. Solat hajat 2 rakaat dan panjatkan doa kepada ALLAH


Pada saya, ni adalah tips yang PERTAMA dan PALING UTAMA. Sebab apa?
Sebab ini adalah arahan ALLAH dan suruhan NABI SAW. Dalam fatihah yang
kita baca sekurangnya 17 kali dalam solat pun, kita sentiasa berikrar
“Iyya kana’budu waiyya kanasta’iin”. Hanya ALLAH kita sembah, dan hanya
pada ALLAH kita mohon pertolongan. Habis kenapa kita tak minta pada
ALLAH apa saja hajat kita? Tunaikanlah solat 2 rakaat, tadah tangan
kepadaNya, mengadu dan mintalah pada ALLAH.
Bukankah Nabi SAW dah ajar kita bahawa, kalau kita mengalami apa-apa
kesulitan atau kalau kita ada apa-apa hajat, kerjakanlah solat.
Bukankah ALLAH ada berfirman dalam Quran…Lihat surah al-Baqarah ayat 45
: “Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat….”
Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa, apabila seseorang itu
mengkehendaki sesuatu hajat, samaada hajat duniawi atau hajat ukhrawi,
yang berkaitan dengan ALLAH SWT atau dengan manusia, hendaklah dia
mengambil wudhuk dengan sempurna, MENDIRIKAN SOLAT 2 rakaat, kemudian
memuji ALLAH SWT dan berselawat ke atas Nabi SAW. Selepas itu berdoalah
pada ALLAH SWT mohon hajat diperkenankan.
Itulah ajaran Islam pada kita. Ada hajat, ada masalah, terus minta
dengan ALLAH. Solat 2 rakaat, puji ALLAH, selawat atas Nabi SAW,
mengadu dan merintihlah pada ALLAH supaya menolong dan menentukan yang
terbaik buat kita. So, mengapa kita tak buat apa yang diperintahkan
oleh ALLAH dan disuruh oleh Nabi SAW ni pada kita?
Ramai diantara kita, hanya menjadikan solat hajat dan doa ini
sebagai cara atau jalan terakhir kita meminta sesuatu. Apabila dah tak
berjaya, apabila dah tiada makhluk lain yang dapat menolong kita,
barulah nak terhegeh-hegeh berdoa dan mohon pertolongan ALLAH. Patutkah
begitu? Pada saya cara macam tu silap. Sebetulnya, apa2 pun, perkara
pertama yang perlu kita buat dulu ialah, SOLAT 2 RAKAAT & BERDOA
PADA ALLAH dulu. Mohonlah sungguh2 pada ALLAH supaya menunaikan hajat
dan permintaan kita. Kemudian, usaha lah dengan apa cara sekalipun
dalam mencapai hajat kita.
Masalahnya sekarang, sudahkah kita solat 2 rakaat minta hajat kita
diperkenankan? Sudah berapa kali kita berdoa agar ALLAH memperkenankan
hajat kita?
Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…


* 2. Ajak jumpa dan perkenalkan lelaki atau pakwe dengan mak ayah kita



Tunjukkan bahawa anda serius dalam perhubungan anda dengan dia.
Kalau anda belum pernah perkenalkan lelaki atau pakwe anda pada mak
ayah anda, maka lakukannya segera. Ajak la lelaki atau pakwe anda jumpa
dengan mak ayah anda. Lagi baik kalau anda minta lelaki atau pakwe anda
tu bawa mak ayah dia jumpa mak ayah anda sekali.
Cuba tengok apa reaksi dia bila anda cadangkan perkara ini dengan
dia. Kalau reaksi dia OK dan macam excited jer, maknanya lelaki atau
pakwe anda tu serius dengan anda. Kalau dia cuba berhelah dan bagi
macam2 alasan, maknanya dia mungkin masih belum bersedia untuk menikahi
anda. Atau mungkin juga dia tidak serius dan nak main2 saja dengan anda.
Pada saya, sebelum anda memujuk dia masuk meminang, apa-apapun, anda
kena pastikan betul-betul dulu adakah lelaki atau pakwe anda tu betul2
serius dalam perhubungannya dengan anda. Kalau dia sendiri tak serius
dan hanya nak main2 dengan anda, adakah orang yang macam itu anda
harapkan untuk masuk meminang anda??
So, kenalpasti dulu, pada tahap mana lelaki atau pakwe anda tu
serius dalam perhubungannya. Kalau dia betul-betul serius, barulah anda
boleh pujuk dia. Kalau dia nampak macam nak main2 saja dengan anda,
pada saya, tiada gunanya pun anda pujuk dia. Sebab dia hanya akan bagi
macam2 alasan dan helah untuk tidak masuk meminang anda, apatah lagi
nak menikahi anda. Nasihat saya, kalau ada lelaki atau pakwe yang macam
tu, tinggalkan saja dia. Dan cari lain sajalah. Kumbang bukannya seekor
kan?

Abang, jomla kita jumpa papa dan mama I...


* 3. Berterus terang sajalah


Pada saya, tiada jalan lain yang paling bagus dan berkesan bagi
memujuk lelaki untuk masuk meminang melainkan, anda kena berterus
terang dengannya. Ajaklah dia berjumpa di mana-mana dan berterus
teranglah sajalah dari hati ke hati dengannya. Luahkan semua perasaan
dan rancangan anda pada dia.
Kemudian, minta dia luahkan perasaan dan perancangannya pula. Saya
yakin, kalau dia betul-betul serius dengan anda, maka dia akan dapat
berbincang sesuatu yang positif tentang status perhubungan dan
perancangan masa depannya dengan anda. Masa tu, kalau dia kata dia
masih belum bersedia, tanya pada dia, agak2 bila dia akan jadi
bersedia? Suruh dia berikan tentatif atau perancangan kasarnya. Saya
yakin, kalaupun dia masih belum bersedia, tapi perancangan secara
kasarnya pasti dia boleh cerita. Setidak-tidaknya, anda tahu apa yang
dia fikirkan tentang perhubungannya dengan anda.
Apa-apapun, pada saya, yang paling pentingnya sebelum anda pujuk
seseorang lelaki tu masuk meminang anda ialah, anda kena tahu setakat

mana atau sejauh mana dia serius dalam perhubungannya dengan anda dulu.
Kalau dia tak serius dan hanya bertujuan nak main-main dan suka-suka
saja dengan anda, maka apa gunanya anda pujuk dia? Kalau mungkin pun
ada berjaya pujuk dia, apakah anda akan berasa yakin dan percaya pada
dia selepas anda kahwin degnan dia nanti?
So, kepada yang bertanya dan meminta tips memujuk lelaki supaya
cepat masuk meminang ni. Cubalah praktikkan 3 tips yang saya terangkan
ini dulu. Kalau tips ini pun anda masih belum buat, saya rasa, tiada
gunanya saya berikan tips bagaimanan untuk pujuk lelaki masuk meminang.
Sebab ianya hanya akan mengecewakan anda nanti.
Apa kata anda???

CINTA : Kepada wanita di luar sana boleh cuba tip ini.Selamat mencuba ok.


No comments:

Post a Comment