Friday, April 17, 2015

Peribahasa Ombak- Cinta

OMBAK

Ombaknya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan
Ertinya:-
Telah kedengaran beritanya dia orang kaya tetapi bekum ada buktinya lagi.

Ombak kecil jangan dibaikan
Ertinya:-
Jangan dipermudah-mudahkan perkara-perkara kecil yang boleh mendatangkan bahaya

Ombak Purus
Ertinya:-
Deru yang menghibakan
Riuh suara orang ramai

Menguap-uap bagai orang ombak
Ertinya:-
Perihal orang yang ketagih candu dan lain-lain

Payah-payah dilamun ombak tercapai juga tanah tepi
Ertinya:-
Setelah beberapa lama menanggung susah akhir- nya tercapai juga cita-citanya (terlepas juga drpd sengsara)

Seperti ombak membanting diri
Ertinya:-
Perihal seseorang yang dalam keluh kesah oleh sesuatu kesusahan.

Silih berganti bagai ombak di tepi pantai
Ertinya:-
Keadaan hidup yang tiada tetap (sekali susah, sekali senang).

Yang laut itu laut jua, yang air itu air jua
Ertinya:-
Serupa benar.


CINTA : Segala penulisan oleh Cinta di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment