Friday, February 19, 2010

Peribahasa Angin - Cinta

Bagai guna-guna, alu sudah menumbuk dicampakkan (Pbr Minang)
Ertinya:-
Dihargai waktu berguna sahaja jika tiada lagi perlunya dicampakkan atau ditinggalkan sahaja.

Bagai dihentak alu lencung (Pbr Minang)
Ertinya:-
Perkauman yang dekat menurut adat.

Subur kerana dipupuk, besar kerana di ambak =
Besar diambak, tinggi disanjung (Pbr. Minang)
Ertinya:-
Besar atau tinggi kedudukan kerana dimulia- kan oleh anak buah.

Angin bersiru kami tahu (Pbr. Minang)
Ertinya:-
sudah tahu akan niat seseorang yang sudah berubah.

Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam
(Pbr Minang)
Ertinya:-
Khabar atau cerita-cerita yang ganjil tak dapat disembunyikan atau disimpan.


Segala penulisan oleh Cinta di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment