Friday, February 19, 2010

Peribahasa Peribadi - Cinta

Bagai Pimping di lereng
Ertinya:-
Orang yang tidak tetap pendiriannya.

Lampai bagai pimping di lereng,lemah bagai lenggundi muda
Ertinya:-
Puji-[ujian terhadap perempuan yang cantik potongan badan.

Pinang tua merah ekur (Pbr. Minang)
Ertinya:-
Perempuan yang sudah berumur tetapi berke- lakuan seperti perempuan muda.

Kasih pinang sebatang daripadaur serumpun
Ertinya:-
Lebih sayang kepada org lain daripada kaum keluarga sendiri.

Seperti pisau raut, bongkok orang boleh dibetulkan,
bongkok sendiri tak boleh betul
Ertinya:_
Kesusahan orang dapat diselesaikan tetapi kesusahan sendiri berkehendakkan pertolongan orang lain.


Segala penulisan oleh Cinta di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment