Friday, February 19, 2010

Peribahasa Campur-Campur - Cinta

Permata lekat di pangkur
Ertinya:-
Tidak kena pada tempatnya (orang atau perbuatan)

Perut besar, entah anak atau tahi
Ertinya:-
Tidak diketahui kekayaan seseorang itu milik sendiri atau tidak.

Mencarikan perut tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup
Ertinya:-
Pergi berdagang kenegeri lain untuk mencari penghidupan.

Tak berkelipat perut
Ertinya:-
Orang yang tak tahu menyembunyikan rahsia sendiri.

Sebagai petai sisa pengait
Ertinya:-
Tidak berguna sama sekali.

Kulai balai petai sisa pengait
Ertinya:-
Seseorang yang lemah lembut tingkah lakunya.

Pilin kacang hendak mengebat, pilin jering hendak berisi
Ertinya:-
Sesuatu pembicaraan atau perbuatan itu mempunyai maksud dan tujuan.


Segala penulisan oleh Cinta di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment