Friday, February 19, 2010

Peribahasa Kehidupan - Cinta

Menebas buluh serumpun
Ertinya:-
Merosakkan nama seluruh keluarga.

Seperti buluh ditiup angin
Ertinya:-
Perihal orang yang lemah lembut, tetapi keras kemahuannya.

Terlayang-layang bagai bulu sehelai
Ertinya:-
Ringan pada pandangan orang kerana hinakepada anak yatim atau orang dagang.

Setengah bagai bunyi enggang, setengah bagai bunyi kuau
Ertinya:-
Pendapat orang bermacam-macam atau berlainan.


Segala penulisan oleh Cinta di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment