Thursday, April 9, 2015

Rahsia Wanita Di Dalam Kamar


Jangan kamu hampiri perbuatan zina kerana ia adalah kejahatan yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan.’ (Al-Isra’:32)

Fantasi seks wanita berbeza dengan fantasi seks pada lelaki. Fantasi wanita tidak melebihi lamunan erotis seperti yang diharapkannya. Mereka tidak serta merta terangsang dan terganggu dengan lamunannya sendiri. Fantasi wanita kurang memfokuskan pada penampilan lelaki yang diimpikan, mereka lebih memfokuskan fikirannya pada ghairah liar yang ditunjukkan di atas tempat tidur.

Fantasi wanita lebih tertuju pada intensitas.Wanita akan membayangkan orang yang bekerja atau jurulatih senaman yang dua-duanya sama tampan dalam kondisi penuh ghairah. Mungkin ini terjadi kerana apa yang diharapkan tidak sesuai dengan apa yang didapatkan. Pasangannya yang ada di tempat tidur bermain dengan dingin sementara yang ada dalam khayalan bermain dengan liar dan luar biasa.Namun dalam Islam, fantasi2 sebegini tidak dibenarkan dalam hubungan suami isteri.


Pada dasarnya, wanita sangat senang dipuji. Pernyataan bahwa “Anda sangat hebat di tempat tidur” tentu sangat didambakan, walau ada rasa malu menyusup di dalam benaknya. Lelaki akan menganggap hal ini adalah perbuatan yang bodoh, kurang sensitif dan mereka takut jika pasangannya tiba-tiba mengusirnya. Pada akhirnya banyak lelaki berusaha menutup mulut mengenai masalah ini.


Disinilah yang membuat kehambaran dalam komunikasi, dimana lelaki merasa puas dengan apa yang dilakukan pasangannya, namun ia takut atau malu untuk mengatakannya kepada pasangannya.

Kerana itu, wanita perlu bersikap terbuka dalam membahasnya, sehingga pasangan tidak merasa berat untuk memuji kehebatannya di tempat tidur. Memang pada akhirnya dikembalikan lagi pada

pasangannya,bagaimana lelaki itu menyampaikan kepadanya. Namun ia akan mengerti dengan sendirinya jika wanita juga membuka jalan dengan mengatakannya secara santun seperti,”Malam ini kamu hebat sekali. Aku seperti telah menjelajahi dunia hanya dalam beberapa jam.”


Kejujuran itu kadang kala memang menyakitkan. Umumnya wanita takut jika dikatakan gemuk, ironisnya banyak lelaki yang memerli pasangannya kerana bertambah gemuk. Pada saat itu wanita akan berfikir pasangannya tidak lagi peduli dengannya dan dia tak ingin merawat dirinya. Tidak demikian! Sebenarnya lelaki akan tetap mencintai pasangannya, tapi dia tidak ingin melihatnya dalam keadaan telanjang. Berfikirlah, jika seorang wanita tidak peduli dengan berat badannya atau tidak menampilkan diri dengan cara yang menarik, hal ini akan memberikan kesan bahawa pasangannya tidak mencintainya lagi.Oleh itu, baik lelaki mahupun wanita perlu menjaga penampilan diri masing-masing demi keselesaan bersama.


Ia bukan hanya masalah penampilan saja, namun juga masalah kesihatan. Tidak ada yang erotis sewaktu mendengar seorang wanita termengah-mengah seperti mahu mendapatkan serangan jantung saat tidur atau saat berhubungan. Jadi wanita cubalah lihat diri di depan cermin dan bila ada sesuatu yang tidak suka dilihat, mulailah melakukan sesuatu untuk mengubahnya.Denagn itu, wanita akan merasa lebih nyaman dan hubungan pun akan terasa lebih mengasyikkan.

Wanita seringkali mengucapkan kata-kata yang pedas saat ia tak dapat mengungkapkan keinginannya. Kerana itu seringkali wanita menyerang kelemahan seks pasangannya. Biasanya mereka bertindak demikian kerana ada alasan tertentu, ini merupakan pernyataan yang paling menyakitkan kerana wanita sendiri sulit mengungkapkan keinginannya dalam berhubungan intim. Namun apakah ucapannya itu bersungguh-sungguh?

Walaupun sesekali wanita mengucapkan sesuatu pada pasangannya, kebenaran itu tidak lagi menjadi masalah. Apapun yang diperlukan wanita untuk memuaskan dirinya tidak lagi menjadi masalah bagi pasangannya kerana wanita akan berhubungan lagi dengan pasangannya. Oleh itu, wanita hendaklah cuba untuk berfikir dahulu sebelum melontarkan hal sensitif di atas ranjang.

Wanita inginkan perhatian dan kasih sayang,terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu
tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah diperolehi daripada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa meletak sebarang syarat-itulah wanita

Oleh itu bagi para lelaki, gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon,SMS untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan ‘Hai’ untuk menunjukkan bahawa dia sering di hatimu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya wanita akan berasa yang mereka itu penting dalam dirimu dan diperlukan.Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka.Wanita sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat ’surprise’ sekali sekala kepada orang yang kita sayangi.Wanita akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

Wanita terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke’macho’an kamu!.Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan dalam hal rumahtangga.


Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah wanita tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan.

Kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada kamu.Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.Wanita akan ‘meletup’ pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .


Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk’. Mungkin kamu juga boleh ‘cool’kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!



CINTA : Awas kepada yang belum berkahwin.Artikel ini hanyalah untuk mereka yang sudah berkahwin.Elakkan seks sebelum kahwin.

No comments:

Post a Comment