Wednesday, December 9, 2009

8G Pada Lelaki Yang diBenci Oleh Wanita Dari Dr. Fadzilah Kamsah - Cinta












1.Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka
marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua, dsb)
Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan
kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-
lembut.

2.Ganas
(kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu perempuan bukan
lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab
tak mahu mata biru atau badan lebam- lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah
lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah
yang patut melindungi wanita.

3.Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung
pada orang lain,dsb) Contohnya,depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg
dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4.Gabrah
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak
suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu
perkara.

5.Gentleman tiada
(langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb) Kalau
masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah
menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati
lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6.Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri
sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh
menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk
menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar,
takut kerana salah?Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya
kepada anda akan musnah.

7.Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho sangat, dll)
Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu
hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8.Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok
perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda
perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang
sebalik batu. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja.
Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati!
Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain
yang bukan hak anda.


Segala penulisan oleh Cinta di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

Blog Widget by LinkWithin

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More