Tuesday, April 21, 2015

3 Cara Membantu Wanita Kuruskan Badan

3 Cara Membantu Wanita Kuruskan Badan

Penyelidik dari Universiti Rockefeller menemukan fakta bahawa setelah baligh, badan manusia akan merembeskan sejenis elemen yang dikenali sebagai "galanin". Elemen ini membangkitkan selera makan dan khusus menjadikan orang berminat kepada makanan yang kaya dengan minyak dan kalori. Pada masa yang sama, makan dengan banyak juga akan meningkatkan perembesan "galanin" ini. Akibatnya, lama-kelamaan, tubuh kita akan menjadi sangat gemuk.

Dalam kajian yang dibuat terhadap tikus pula, pengkaji mendapati, tikus betina lebih suka makan makanan yang mengandungi minyak dan juga lebih banyak merembeskan "galanin" berbanding tikus jantan, kerana tikus betina perlu menyimpan lemak untuk memelihara anaknya. Berasaskan hasil kajian tersebut, diketahuilah bahawa wanita lebih mudah menjadi gemuk berbanding lelaki.Jika begitu halnya,
bagaimanalah caranya bagi wanita yang suka makan untuk menuruskan badannya. Berikut inilah nasihat daripada pakar:


1. Jangan suka makan makanan yang dikatakan ubat kurus. Kita perlu banyak makan sayur, buah-buahan dan bijirin.

2. Menjalankan latihan jasmani lebih kerap. Hanya dengan cara ini, dapat membakar kalori, dan boleh melangsingkan badan.

3. Jangan makan snek, dan pastikan makan 3 kali sehari. Snek biasanya mengandungi banyak kalori, malah jauh lebih banyak kalori daripada nasi atau roti. Dengan tidak memakan snek dan memastikan makan 3 kali sehari kita akan dibekalkan dengan kalori yang cukup untuk kesihatan, manakala badan kita tidak akan bertambah gemuk.

CINTA : Semoga 3 cara ini dapat membantu anda wanita menguruskan badan.

No comments:

Post a Comment