Thursday, April 16, 2015

Berfikir

Jaga hati dan perasaan ketika berfikir


Minda Berhati-hati Berfikir Positif

Dalam kehidupan seharian kita selalu disarankan untuk mengendalikan fikiran negatif dan ketakutan kita. Para Motivator terkenal sering menganjurkan anda untuk melawan habis-habisan fikiran negatif ( Kuasa pemusnah ) ini dan mengajar anda untuk berfikiran positif ( Kuasa kehidupan ). Manusia itu merupakan makluk yang unik, pada sesetengah orang menggunakan cara berfikir yang positif 22% dapat membantu dan pada orang yang lain pula ianya justru berpotensi 88% menimbulkan konflik batin. Kenapa berfikir Positif ini mempunyai kesan sampingan yang sangat tinggi?

1. Energy yang ditekan secara paksa tanpa persetujuan minda bawah sedar, akan menekan kita kembali dengan kekuatan yang sama sewaktu ditekan. Contoh: Anda cuba memaksa diri anda untuk bersolat, tapi hati anda tidak ingin bersolat. Bagai mana kekuatan yang anda gunakan untuk bersolat, sekuat itu juga kekuatan yang digunakan untuk menekan anda kembali.

2. Fikiran negatif terdiridari pada ketakutan dan kekuatiran untuk sementara waktu anda melihat seolah olah dapat diatasi. Sebenarnya ia tidak hilang begitu saja. Dia terpendam pada alam bawah sedar. Ketika kekuatan Berfikir Positif kerkulai lemah perasaan nagetif itu akan muncul kembali.

Anda tersalah menggunakan module berfikir positif ini, mudah diserang stress, tekanan perasaan dan Spritual Deficit Disoder (SDD). SDD terjadi ketika seseorang berkeinginan sangat untuk menjadi orang yang lebih baik.Tetapi “disconneted” dengan perasaan yang sering dia tekan,Keinginan untuk berjaya selalu mendorongnya untuk berfikir positif, walaupun perasaanya tidak merasa selesa, nyaman, tidak percaya diri, resah gelisah dan sebagainya.

Jeritan batin yang tidak selesa tersebut tidak lagi di hiraukan, anda terus menerus berusaha berfikiran positif. Sudah tentu apa yang anda perolehi adalah stress, kerana anda telah berfikiran positif terus menerus tetapi hasilnya Zero. Sekiranya anda berhasil mendapatkan apa yang anda inginkan. Anda tidak dapat menikmati kehidupan anda dengan lebih tenang. Hidup anda menjadi tidak seimbang, sedangkan kebahagiaan hanya dapat diperolehi dalam pakej yang seimbang.

Situasi inilah memperjelaskan kepada kita kenapa orang yang kaya raya sentiasa berada dalam kegelisahan.Hidup mereka sudah cukup dengan limpahan harta tapi jiwa mereka merasa miskin sehingga sanggup melakukan rasuah, baik rasuah dalam bentuk wang atau berbau seks. Untuk pengetahuan anda rasuah tetap rasuah tidak boleh ditakrifkan sebagai sedekah.

Dalam konsep berfikiran positif, seseorang yang ingin kaya harus tanam dalam fikiranya. Dia harus memperbesarkan keinginanya untuk menjadi kaya. Tanpa mengambil kira jurang yang terjadi antara fikiran “ INGIN KAYA” dan perasaan “MISKIN” yang semakin kuat. Konsep ini mengabaikan betapa pentingnya memerhatikan perasaan kita disaat kita berfikir.

SII ( Software Incompatibility Issue )

Dalam istilah komputer, masaalah ini disebut sebagai Software Incompatibility Issue, iaitu terganggunya kinerja sebuah komputer akibat perisian yang tidak sesuai antara satu sama lain. Jika dipaksa bekerja, maka komputer akan mengalami crash atau hang tidak dapatberoperasi lagi.

Dalam berfikiran positif ada dua pekara yang harus anda perhatikan. Iaitu dua jenis bentuk fikiran yang saling bertentangan dan dipaksa untuk bekerjasama ( timbulnya konflik dalaman ). Ketika seseorang berfikir dengan penuh kesedaran bahawa saya “ingin menjadi kaya” Ketika itu juga bawah sedar mula berkerja dan mengatakan “saya miskin” (sebab itulah saya perlu jadi kaya kerana sekarang saya orang miskin) Itulah hakikat alam bawah sedar yang berlaku bila anda ingin kaya.

Semakin kuat anda mengatakan “saya ingin kaya”, “saya orang kaya” atau sebagainya. Semakin kuat juga alam bawah sedar “MENJERIT” saya masih lagi miskin sebab itu saya harus jadi kaya. Ingat kekuatan alam bawah sedar 88% lebih kuat dari alam sedar kita.

Oleh kerana alam bawah sedar mempunyai kekuatan 88% berbanding 12% alam sedar maka . Fikiran alam bawah sedar sentiasa dominasi dalam kehidupan manusia. Doa yang diiringi antara fikiran dan perasaan sentiasa dimakhbulkan Allah. Jeritan hati bawah sedar itulah yang terakam dalam kehidupan manusia.

Berfikiran positif ditanam dalam kehidupan kita hanya mempunyai kekuatan 12%. Bagaimana kita berupaya untuk berfikiran positif sedangkan 88% di alam bawah sedar kita masih mempunyai nagetif.Pasti tindakan kita menjadi nagetif kembali.Ikhlaskan diri anda dengan perasaan yang redo dan pasrah, tidak ada penciptaan Allah yang sia-sia, pasti anda mempunyai fikiran yang “positif dalam positif”

Menurut kajian : Manusia memiliki 60,000 fikiran setiap hari. Dapatkah anda bayangkan betapa sulitnya untuk membuat 60,000 “lembu fikiran” semuanya menurut kehendak anda yang positif kesemuanya........ sedangkan untuk mengendalikan 6 ekor “lembu fikiran” sahaja sudah sulit. Jika anda dapat menyatukan dan menguasai “lembu fikiran anda”. Anda pasti dapat “POSITIF dalam POSITIF”.

Sekarang marikita membuat sebuah kesimpulan kenapa kita harus berhati hati dalam berfikiran positif.

1. Sifat fikiran yang abstrak, anda tidak menyedari bahawa fikiran positif dilahirkan dari perasaan yang negatif, merupakan sebuah getaran tenaga yang lebih tinggi dan halus dari fikiran. Fikiran positif ada manfaat 12% kepada sesetengah orang dan 88% bagi orang lain merupakan sebuah “resepi kejayaan” yang keliru.

2. Perasaan negatif muncul dari dalam hati lebih kepada perasaan. Apa alasan saya untuk mengatakan demikian. Bila anda berdiri betul dan tegak tidak bergerak tidak ada fikiran No mind... (sebuah rahsia solat yang belum terungkap).Bila anda berfikir untuk rukuk ( minda sedar anda mula bekerja ), tapi masih belum bertindak untuk rukuk. Nah apa bila anda mula bertindak maka disinilah minda bawah sedar anda bekerja tapi bila persaaan dari hati anda menyatu dalam tindakan anda maka disini peranan energy yang lebih tinggi menyertai anda dalam setiap tindakan. Hasilnya setiap tindakan dalam fikiran yang positif harus bermula dari hati dan perasaan yang positif. Bukan dari fikiran yang positif ( hanya berlaku 88% orang sahaja ). Bila anda terlalu fokus dengan cara pandang barat anda akan fokus pada fikiran, sehingga anda lupa bahawa Islam mempunyai cara pandang yang sangat berbeza.

3. Ketika anda berusaha berfikiran positif, secara anda tidak sedar anda telah “memusuhi, tidak suka dan benci” pada sebahagian dari diri anda. Sedang kan anda faham bahawa diri anda merupakan tajali dari sifat Allah, jika anda membenci sifatnya anda cenderung menanam bibit kebencian pada pencipta sifatnya. Hukum LOA mengatakan jika anda menanam kebencian maka anda juga akan menarik kebencian kedalam diri anda. Kesanya anda tidaklagi menghargai diri anda sendiri dan jangan harap orang lain akan menghargai diri anda. Salah satu pekej kekayaan adalah jaringan persahabatan, apakah anda dapat membina jaringan persehabatan yang kukuh jika dalam diri anda ada bibit kebencian pada diri anda sendiri.


CINTA : Segala penulisan oleh Cinta di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment